JUZ ke 13.
YUSUF 53~111
AR-RA'D 1~43
IBRAHIM 1~51
AL-AIJR (Batu Gunung) 1~1
YUSUF 53~111
AR-RA'D 1~43
IBRAHIM 1~51
AL-AIJR (Batu Gunung) 1~1
YUSUF 53~111
53. Dan tidak aku
membersihkan diri ku, kerana sesungguhnya
nafsu menyuruh kepada kejahatan, melainkan orang yang dikasihini oleh
Tuhan ku, (kerana) sesungguhnya Tuhan ku
itu pengampun, penyayang”.
54. Dan
berkata raja; “bawalah dia kepada ku, aku akan jadikan dia orang yang rapat
kepada ku”. Maka tetakala ia beromong degnan nya, ia
berkata; “sesungguhnya engkau pada hari ini disisi kami orang yang berpangkat, yang dipercayai”.
55. Ia
berkata; “jadikanlah akan daku (pengurus) bagi harta benda negeri , (kerana)
sesungguhnya aku seorang penjaga yang
mengerti”.
56. Dan
demikianlah kami tetapkan Yusof dibumi,
ia boleh bertempat dimana ia suka. Kami kenakan rahmat kami kepada siapa
yang kami kehendaki, dan kami tidak sia-sia kan ganjaran orang-orang yang berbuat
kebaikan.
57. Dan
sesungguhnya gangajaran akhirat itu, lebih baik bagi orang-orang yang beriman
serta adalah mereka berbakti.
58. Dan
datanglah saudara-saudara Yusof, lalu mereka masuk padanya, maka ia kenal
kepada mereka, tetapi mereka tidak kenal dia.
59. Dan
tetakala ia sediakan bagi mereka akan bekalan mereka, ia berkata; “nanti
bawalah kepada ku saudara kamu dari bapa kamu. Tidak kah kamu lihat, bahawa aku
sempurnakan sukatan dan (bawa) aku sebaik-baik orang yang menerima tamu ?”.
60. “Maka
sekiranya kamu tidak bawa dia kepada ku, tidaklah kamu akan dapat sukatan
daripada ku, dan janganlah kamu dekat kepada ku”.
61.
Mereka berkata; “nanti kami bersungguh-sungguh minta dia kepada bapanya dan
sesungguhnya kami akan kerjakan”.
62. Dan
ia berkata kepada bujang-bujang nya; “masuk kan lah pembayaran mereka itu
didalam barang-barang mereka, supaya mereka tahu dia, apabila mereka sampai
kepada ahli mereka, mudah-mudahan mereka kembali (lagi)”.
63. Maka tetakala mereka kembali kepada bapa mereka, mereka berkata;
“hai bapa kami ! dilarang sukatan buat kita, lantaran itu kirimlah bersama kami
saudara kami, nanti kami bisa dapat sukatan
dan sesungguhnya kami akan jaga dia”.
64. Ia
berkata; “bukankah aku tidak bisa percaya kepada kamu tentang dia, melainkan
sebagaimana aku telah percaya kepada kamu tentang saudaranya yang dahulu itu,
tetapi Allah sebaik-baik penjaga dan ialah sekasih-kasih panyayang ?”
65. Dan
tetakala mereka buka barang-barang mereka, mereka dapati pembayaran mereka
dikembalikan kepada mereka, mereka berkata; “hai bapa kami ! apakah yang kita
mahukan (lagi?) ini bayaran kita dikembalikan kepada kita, dan kami akan bawa
kan (makanan bagi) ahli kami dan kami akan pelihara saudara kami dan kami akan
minta ditambah satu unta, yang demikian itu sukatan yang mudah”.
66. Ia
berkata; “aku tidak akan kirimkan dia bersama kamu, sehingga kamu beri kepada
ku satu perjanjian atas nama Allah, bahawa kamu akan bawa kembali dia,
melainkan kalau kamu dikepung”. Maka
tetakala mereka berikan kepada nya
perjanjian mereka, ia berkata; “Allah lah sebagai saksi atas apa yang kita
kenakan”.
67. Dan
ia berkata; “hai anak-anak ku ! janganlah kamu masuk dari satu pintu, dan
masuklah dari beberapa pintu, tetapi aku tidak bisa melepaskan diri kamu
sesuatu (takdir) dari Allah, (kerana) tidak ada hukum, melainkan kepunyaan
Allah, kepadanya lah aku berserah diri dan kepada nya lah hendaknya orang-orang
mukmin berserah diri”.
68. Dan
tetakala mereka masuk sebagaimana yang bapa mereka perintahkan mereka, tidaklah
bisa ia melepaskan diri mereka sesuatu dari (takdir) Allah, melainkan satu
kemahuan pada diri Yaakub yang ia sempurnakan
dan sesungguhnya ia mempunyai
ilmu, kerana kami telah ajarkan nya, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui.
69. Dan
tetakala mereka masuk kepada Yusop, ia peluk saudaranya, sambil berkata; “sesungguhnya aku ini saudara
mu, lantaran itu, janganlah engkau berdukacita atas apa yang mereka telah
kerjakan”.
70. Maka
setelah ia sudah sediakan bagi mereka bekalan mereka, ia taruh piala itu dalam
kenderaan nya, kemudian meyeru seorang penyeru; “hai kafilah ! sesungguhnya
kamu itu pencuri”.
71. Mereka bertanya sambil menghadap kepada mereka;
“apakah yang kamu kehilangan ?”
72.
Mereka jawab; “kami kehilangan piala raja, dan
barang siapa bisa dapatkan dia,
(maka upahnya, gandum) satu pikulan unta, dan
aku yang jadi tanggungan nya”.
73.
Mereka berkata ; “demi Allah ! sesungguhnya kamu mengetahui (bahawa) tidak kami
datang untuk membikin rumah dibumi (ini), dan bukan lah kami pencuri”.
74.
Mereka bertanya; “maka apakah balasan nya, jika betul kamu pendusta ?”
75.
Mereka jawab; “balasan nya, barang siapa didapati (mata benda itu) pada
kenderaan nya, maka dialah balasan nya”. Demikianlah kami balas orang-orang
yang zalim.
76. Lalu
mulailah ia (periksa) tempat-tempat barang mereka, sebelum (memeriksa) tempat
barang saudaranya, kemudian ia
mengeluarkan dari tempat barang saudaranya, demikianlah kami aturkan tipu daya
buat Yusuf, tidaklah bisa ia mengambil saudaranya menurut hukum raja, kecuali
jika dikehendaki oleh Allah, kami tinggikan darjat-darjat orang yang kami
kehendaki, tetapi atas tiap-tiap yang mempunyai ilmu, ada yang lebih
mengetahui.
77.
Mereka berkata; “jika ia mencuri, maka sesungguhnya saudara nya (juga) mencuri
dahulu”, tetapi Yusof sembunyikan itu dalam dirinya dan tidak ia nyatakan nya
kepada mereka, sambil berkata; “kamu sejahat-jahat darjat, dan Allah mengetahui
apa yang kamu terangkan”.
78. Mereka berkata; ”hai pembesar ! sesungguhnya ia
ada mempunyai seorang bapa yang tua benar, lantaran itu, ambillah salah seorang
dari kami sebagai gantinya sesungguh nya
kami lihat engkau daripada orang-orang
yang berbuat kebaikan”.
79. Ia
berkata; “kami berlindung kepada Allah daripada menahan (siapa-siapa), kecuali
orang yang kami dapati padanya barang kami, (kerana) sesungguhnya kalau bagitu,
adalah kami orang-orang yang zalim”.
80. Maka
tetakala mereka telah putus asa daripada nya, mereka asingkan diri dengan
berbisik-bisik kan, berkata yang tua dari antara mereka; “tidakkah kamu
ketahui, bahawa bapa kita telah mengambil perjannjian dari kamu atas nama Allah, dan (bahawa) dahulu kamu
telah sia-siakan Yusuf ? lantaran itu, aku tidak mahu tinggalkan negeri ini sehingga bapa ku izinkan kepada ku atau
(sampai) Allah hukum kan bagi ku, kerana ia itu sebaik-baik penghukum”.
81.
Kembalilah kepada bapa kamu dan katakan; “hai bapa kami ! sesungguhnya anak mu
telah mencuri, dan kami tidak saksikan
melainkan apa yang kami ketahui, dan kami tidak bisa jika barang yang
ghaib”.
82. “Dan tanyalah kepada (orang-orang) negeri yang
kami ada padanya dan (tanyalah kepada) kabilah-kabilah yang kami jumpa dalam
negeri itu, sesungguhnya kami ini orang-orang yang benar”.
83. Ia
berkata; “bahkan nafsu-nafsu kamu telah mengampangkan bagi kamu (mengerjakan) satu urusan, maka (urusan ku
ialah) kesabaran yang banyak, mudah-mudahan Allah datangkan kepada ku mereka
sekelian, sesungguhnya ialah yang mengetahui, bijaksana”.
84. Lalu
ia berpaling dari mereka dan berkata; “hai dukacita ku atas Yusuf !” hingga
pucatlah kedua-dua matanya lantaran dukacita nya, tetapi ia sembunyikan.
85.
Mereka berkata; “demi Allah ! selamanya engkau ingat Yusuf, hingga jadilah
engkau berpenyakit atau engkau akan jadi dari golongan orang-orang yang binasa”.
86. Ia
berakata; ”hanya aku mengadukan kesusahan ku dan dukacita ku kepada Allah, dan
aku mengetahui dari Allah apa-apa yang kamu tidak tahu”.
87. “Hai
anak-anak ku ! pergilah dan carilah rahsia tentang Yusof dan saudaranya, tetapi
jangan lah kamu putus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya tidak putus
asa dari rahmat Allah melainkan kaum kafir”.
88. Maka
tetakala mereka masuk padanya, mereka berkata; “hai pembesar ! telah mengenai
kami dan ahli kami kesusahan, dan kami datang dengan (membawa) barang yang
tidak berharga, lantaran itu, sempurnakan lah sukatan dan bersedakahlah kepada
kami, sesungguhnya Allah membalas orang-orang yang bersedakah”.
89. Ia
bertanya; “apakah kamu ingat apa yang kamu telah berbuat kepada Yusof dan
saudaranya, tetakala kamu bodoh ?”.
90.
Mereka bertanya; “apakah engkau (ini) Yusof ?” ia jawab; “aku Yusof dan ini
saudara ku, sesungguhnya Allah telah mengurniakan atas kami, sesungguhnya
barang siapa berbakti dan sabar, maka sesungguhnya Allah tidak akan sia-sia kan
ganjaran orang-orang yang berbuat
kebaikan”.
91.
Mereka berkata ; “demi Allah ! sesungguhnya Allah telah muliakan mu atas kami,
dan sesungguhnya adalah kami orang-orang yang salah”.
92. Ia
berkata; “tidak mengapa bagi kamu pada hari ini, mudah-mudahan Allah ampunkan
kamu, kerana ialah sayang-sayang penyayang”.
93.
“Pergilah dengan baju ku ini, lalu kenakan dia atas muka bapaku, nanti ia akan
datang dengan melihat, dan bawalah
kepada ku ahli kamu sekelian”.
94. Dan
tetakala keluar kabilah itu, berkata bapa mereka; “sesungguhnya aku dapat bawa
Yusof, jikalau tidak kamu anggap aku gila”.
95.
Mereka berakata; “demi Allah ! sesungguhnya engkau didalam kekeliruan mu yang
lama”.
96. Maka tetakala datang pembawa khabar kegirangan
itu, ia taruhkan nya dimuka nya, lalu kembalilah ia melihat. Ia berkata; ”bukankah
aku telah berkata kepada kamu , bahawa aku mengetahui dari Allah apa-apa yang
kamu tidak tahu?”.
97.
Mereka berkata ; “hai apa kami, mintakan lah ampun bagi kami tentang dosa-dosa
kami, kerana sesungguhnya kami ini orang-orang yang salah”.
98. Ia berkata; “nanti aku minta kan ampun bagi
kamu dari Tuhan ku, keraana sesungguhnya
ialah pengampun, penyayang”.
99. Maka
tetakala mereka masuk ke Yusof, ia hampiri kedua ibu bapa nya dan ia berkata;
“masuklah kamu ke negeri Mesir, jika dikehendaki oleh Allah dengan aman”.
100. Dan ia dudukkan ibu bapa nya diatas singgah
sana, lalu mereka tunduk sujud kepada nya dan ia berkata; “hai bapa ku ! inilah
takwail mimpiku dahulu, Allah telah
jadikan dia benar, dan sesungguhnya ia telah berbuat baik kepada ku, tetakala
ia keluarkan daku dari penjara, dan ia datangkan kamu dari desa sesudah syaitan
menggangu antara ku dan antara saudara-saudara ku, sesungguhnya Tuhan ku lemah
lembut kepada apa yang ia kehendaki, kerana sesungguhnya ialah yang amat
mengetahui, bijaksana”.
101. “Hai Tuhan ku ! sesungguhnya engkau telah
beri kepada ku kerajaan dan engkau telah ajar kepada ku takwail mimpi, hai yang
menjadikan langit-langit dan bumi ! engkau penjaga ku didunia dan akhirat, terimalah
akan daku sebagai muslim dan hubungkan lah akan daku dengan orang-orang yang
soleh”.
102. Yang
demikian itu, khabar ghaib yang kami wahyukan kepada mu pada hal engkau
tidak ada dihadapan mereka, tetakala
mereka rombak urusan mereka, pada hal mereka mengatur tipu daya.
103. Dan
kebanyakan manusia, walau pun engkau ingin, tidak mahu beriman.
104. Sedang
engkau tidak minta kepada mereka bayaran atas itu, yang demikian tidak lain,
melainkan satu peringatan bagi manusia.
105. Dan
beberapa banyak tanda dilangit-langit dan dibumi yang mereka lalui, tetapi
mereka berpaling daripadanya.
106. Dan kebanyakan dari mereka tidak beriman
kepada Allah, melainkan sambil menyegutukan.
107.
Apakah mereka aman daripada kedatangan azab kepada mereka dari Allah atau
kedatangan kiamat kepada mereka dengan tiba-tiba, sedangkan mereka tidak sadar
?
108.
Katakan lah; “inilah jalan ku, yang aku dan orang-orang yang turut kepada ku
seru (manusia) kepada Allah dengan (menunjukkan) keterangan, dan maha suci
Allah ! dan bukanlah aku ini dari golongan musrikin”.
109. Dan
tidak kami urus sebelum mu, melainkan laki-laki dari ahli negeri-negeri, yang
kami beri wahyu kepada mereka, apakah tidak mahu mereka berjalan dibumi, lalu
mereka lihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka bagi
orang-orang yang bertakwa, oleh kerana nya, tidak kah mahu kamu fikirkan ?.
110.
Hingga apabila putus asa Rasul-Rasul itu
dan mereka sangka, bahawa mereka telah didustakan, (bawalah) datang pertolongan
kami, lalu diselamatkan siapa yang kami kehendaki, dan seksaan kami tidak bisa
ditolak dari kaum yang berdosa.
111.
Sesungguhnya ada pada cerita-serita mereka, satu pelajaran bagi orang-orang
yang mempunyai fikiran. Bukanlah ia itu omongan yang diada-adakan, tetapi
mencucuki apa yang ada dihadapan nya dan sebagai keterangan bagi tiap-tiap
sesuatu, dan sebagai pertunjuk dan rahmat bagi kaum yang mahu beriman.
{13}
AR-RA’D (Petir)
AR-RA’D (Petir)
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Alif
Laam Miim Raa. Kitab itu barang yang diturunkan kepada mu dari Tuhan mu
(adalah) benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mahu beriman.
2. Allah
lah yang meninggikan langit-langit dengan tidak betiang yang kamu lihat dia,
kemudian ia semayam atas Arash, dan ia telah mudahkan matahari dan bulan,
tiap-tiap satu berjalan menurut batas yang ditentukan, ia atur sekelian urusan,
ia terangkan ayat-ayat nya, supaya kamu yakin kepada pertemuan dengan Tuhan
kamu.
3. Dan
ialah yang bentang bumi, dan ia jadikan
padanya gunung-gunung dan sungai-sungai, dan dari tiap-tiap buah-buahan, ia
jadikan sepasang-pasang, ia tutup siang dengan malam, sesungguhnya pada yang
demikian ada tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir.
4. Dan
dibumi (ada) beberapa potong (tanah) yang berhampiran dan (ada) kebun-kebun
anggur dan (ada) tanam-tanaman dan kurma yang berumpun dan yang tidak
berumpun, disiram dengan satu (macam) air, dan kami lebihkan sebahagian nya
atas sebahagian tentang rasanya, sesungguhnya pada yang demikian itu ada
tanda-tanda bagi kaum yang mahu fikirkan.
5. Dan jika (ada yang) engkau merasakan hairan,
maka hairan perkataan mereka; “apabila kami sudah jadi tanah, apakah kami (akan
jadi) dalam kejadian yang baharu ?” mereka itu lah orang-orang yang tidak
percaya kepada Tuhan mereka, dan belengu-belengu ada dileher-leher mereka, dan
merekalah ahli neraka, hal keadaan
mereka kekal padanya.
6. Dan
mereka minta kepada mu melekaskan kejahatan sebelum kebanyakan, pada hal
sesungguhnya telah lewat sebelum
mereka beberapa seksaan, sesungguhnya
Tuhan mu itu yang mempunyai keampunan bagi manusia atas kezaliman mereka dan
sesungguhnya Tuhan mu itu, pedih seksaan
nya.
7. Dan
berkata orang-orang kafir; “alangkah baiknya kalau diturunkan atas nya satu
tanda dari Tuhan nya !” sesungguhnya engkau tidak lain, melainkan seorang
pengancam kerana bagi tiap-tiap kaum, ada seorang pimpinan.
8. Allah
mengetahui apa yang dikandung oleh tiap-tiap perempuan dan apa yang kandungann itu kurangkan dan apa yang
bertambah, kerana tiap-tiap sesuatu pada
sisinya, dengan ukuran.
9. Yang
mengetahui barang yang ghaib dan yang nyata, yang maha besar, yang maha tinggi.
10. Sama
sahaja dari (antara) kamu orang yang sembunyikan omongan dan orang yang
nyatakan dia, dan orang yang bersembunyi pada waktu malam dan orang yang berjalan
pada waktu siang.
11. Bagi
nya ada penjaga yang berkeliar dihadapanya dan dibalakang nya, yang menjaga dia
dengan perintah Allah, sesungguhnya Allah tidak akan mengubah pada yang ada disatu
kaum. Sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah apa yang ada disatu kaum, sehingga mereka ubah apa yang ada didiri mereka
(sendiri-sendiri), dan apabila Allah mahu (kenakan) kejahatan kepada
satu kaum, maka tidaklah ada penolakan nya, dan tidak ada bagi mereka pergurus
selain daripadanya.
12. Ialah
yang diunjukkan kepada kamu kilat, untuk menakutkan dan kerana memberi harapan
dan ia jadikan mega (awan) yang berat.
13. Dan
petir itu beribadat dengan memujinya, dan (demikian juga) melaikat, lantaran
takut kepadanya, dan ia kirim hala-lintar dan ia kenakan dia kepada siapa yang
ia kehendaki, tetapi mereka membantah tentang Allah, pada hal iaitu pedih
seksaan nya.
14. Baginya
lah ejekan yang benar, dan orang-orang yang mereka seru selain daripadanya,
tidak lah akan mengkabulkan sesuatu bagi mereka, melainkan seperti orang yang
bentangkan dua tapak tangan nya atas air, supaya bisa sampai mulut nya, pada
hal ia tidak bisa sampai, dan tidaklah ada seruan orang-orang kafir itu,
melainkan dalam kesesatan.
15. Dan kepada Allah lah bersujud apa yang ada
dilangit-langit dan dibumi, dengan taat dan dengan terpaksa, dan (juga
bersujud) bayangan mereka diwaktu pagi dan petang.
16. Tanyalah; “siapakah Tuhan bagi langit-langit dan
bumi ?” jawabkan lah; “Allah”, tanyalah (pula) ; “apakah (patut) kamu jadikan
pintu-pintu selain daripada nya yang tidak memiliki bagi diri-diri mereka (sendiri)
manfaat dan tidak mudarat?” tanyalah; “apakah sama orang buta dengan orang yang
melihat ? atau adakah sama gelap dengan terang atau adakah mereka adakan bagi
Allah satu-satu yang (bisa) membikin serta bikinan nya, sehingga makhluk itu
kesamaran buat mereka?” katakan lah; “Allah lah yang menjadikan tiap-tiap
sesuatu dan ialah yang tunggal, yang maha kuasa”.
17. Ia
turunkan air dari langit, lalu banjir lembah-lembah dengan ukuran nya, lalu air
banjir itu mengandung buih yang timbul, dan daripada apa yang dibakar dalam
api, lantaran mahukan perhiasan dan perkakasan, (pun) ada bueh seperti itu.
Demikikanlah Allah misalkan kebenaran
dan kebatilan, maka ada pun bueh itu, akan hilang dengan sia-sia, dan ada pun
apa yang bisa memberi menafaat kepada manusia, maka ia akan tinggalkan dibumi,
demikianlah Allah terangkan beberapa perumpamaan.
18. Bagi
orang-orang yang memperkenankan (ajakan) Tuhan mereka, (adalah) kebaikan, dan
orang-orang yang tidak mahu memperkenankan (ajakan)nya, walau pun ada bagi
mereka semua apa yang ada dibumi
dan sebanyak itu (lagi)
bersamanya, tentu mereka (mahu) akan tebus diri-diri dengan nya, mereka itu
adalah bagi mereka perhitungan yang jelek, dan tempat belindung mereka,
(ialah) neraka, dan jelek tempat
kedudukan (mereka).
19.
Apakah orang yang mengetahui, bahawa tidak ada yang diturunkan kepada mu dari
Tuhan mu melainkan benar itu, sama seperti orang buta ? yang mahu fikirkan itu hanyalah orang-orang
yang berakal.
20. Yang
sempurna perjanjian Allah dan tidak merosak ikatan perjanjian.
21. Dan yang hubungkan apa yang diperintahkan oleh
Allah supaya dihubungkan, dan takutlah kepada Tuhan mereka dan takut kepada
kepayahan (hari) perhidungan.
22. Dan
yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka, dan mendirikan
sembahayang dan membelanjakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada
mereka, dengan tersembunyi dan dengan terang, dan menolak kejahatan dengan cara
yang baik, mereka itu adalah bagi mereka balasan (baik) diakhirat.
23.
(iaitu) syurga-syurga kekal yang mereka akan masuk padanya bersama orang-orang
yang berbuat kebaikan dari bapa-bapa
mereka dan isteri-isteri mereka dan anak cucu mereka, sedang melaikat akan
masuk (ketempat) mereka dari tiap-tiap
pintu.
24.
(Sambil berkata); “mudah-mudahan keselamatan atas kamu lantaran kesabaran kamu
oleh itu alangkah baiknya balasan akhirat !“
25. Dan orang-orang yang memecahkan perjanjian
Allah sesudah dikuatkan, dan memutuskan apa yang Allah perintah supaya
dihubungkan, dan memutuskan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan nya, dan
mengadakan kerusakan dibumi , adalah bagi mereka laknat, dan bagi mereklah
tempat kedudukan yang tidak baik.
26. Allah
membentangkan rezeki kepada siapa yang
ia kehendaki, dan ia membatasinya dan
mereka merasa senang dengan kehidupan dunia, pada hal penghidupan dunia
(dibandingkan) dengan akhirat, tidak lain, melainkan satu bekalan.
27. Dan berkata orang-orang yang tidak beriman;
“alangkah baiknya, kalau diturunkan
kepada nya satu tanda dari Tuhan nya !” katakanlah; “sesungguhnya Allah
menyesatkan siapa yang ia kehendaki dan ia pimpin ke(jalan)nya akan orang yang bertaubat”.
28. “Yang
beriman dan tenteram hati-hati nya lantaran ingat kepada Allah”. Ketahuilah ! dengan
ingat kepada Allah lah, bisa tenteram hati-hati (manusia).
29.
Orang-orang yang beriman dan beramal soleh (adalah) kebahagian bagi mereka dan
tempat kembali yang baik.
30.
Demikianlah kami utus mu pada satu umat, yang telah terdahulu sebelumnya
beberapa umat, untuk engkau bacakan kepada mereka apa yang kami wahyu kan
kepada mu, tetapi mereka tidak percaya kepada Rahman. Katakan lah; “dialahTuhan
ku, tidak ada Tuhan, melainkan dia, kepadanya
lah aku berserah diri dan kepadanya tempat kembali ku”.
31. Dan
jikalau ada satu kitab bacaan yang
(bisa) dijalankan gunung-gunung dengan nya, atau dibelah bumi dengan nya, atau
dibikin omong orang-orang mati dengan
nya, (maka Quran lah), bahkan kepunyaan Allah lah semua urusan. Apakah
tidak tahu orang yang beriman, bahawa kalau Allah mahu, nescaya ia pimpin manusia semua ? tetapi sentiasa orang-orang kafir dikenai
oleh azab lantaran apa yang mereka kerjakan, atau (azab itu) mengenai dekat
dari kampung mereka, sehingga datang perjanjian Allah, kerana sesungguhnya
Allah tidak memungkiri janji.
32. Dan
sesungguhnya telah diperolok-olok kan beberapa Rasul sebelum mu, tetapi aku
beri tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian aku azab mereka, maka
bagaimanakah azab ku ?.
33. Apakah
(Tuhan) yang menjaga tiap-tiap jiwa bersama apa yang (jiwa) itu usahakan, (sama
dengan yang tidak menjaga?), tetapi mereka
adakan (juga) bagi Allah sekutu-sekutu. Katakanlah; “sebutlah (nama-nama) mereka itu. Apakah kamu
mahu khabarkan kepada nya apa yang ia tidak tahu dibumi ? atau kah dengan
perkataan yang dzahir (sahaja)? Bahkan dihiaskan bagi orang-orang kafir itu,
tipu daya mereka dan dihalangi mereka dari jalan (Allah), dan barang siapa disesatkan
oleh Allah, maka tidaklah ada bagi nya pimpinan.
34.
Adalah bagi mereka azab dipenghidupan dunia, sedang azab akhirat lebih pedih,
dan tidaklah ada bagi mereka sebarang pemelihara selain dari Allah.
35.
Bandingan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang berbakti, (adalah
seperti syurga yang) mengalir padanya sungai-sungai, makanan nya kekal, dan
(demikian juga) bayangan nya. Yang demikian itu ganjaran bagi orang-orang yang
berbakti, sedang balasan orang-orang yang kafir (ialah) neraka.
36. Dan
orang-orang yang pernah kami berikan kitab, senang kepada yang diturunkan
kepada mu, tetapi dari antara golongan-golongan itu, ada yang ingkari
sebahagian nya. Katakanlah; “hanya aku
diperintah supaya menyembah Allah dan (supaya) aku tidak sekutukan dia, kepadanya lah aku seru,
dan kepadanya lah tempat kembali ku”.
37. Dan
demikian lah kami turunkan dia sebagai hukum (dalam) bahasa Arab, dan jika
engkau turut kemahuan-kemahuan mereka, sesudah datang kepada mu pengetahuan,
maka tidaklah ada bagi mu pengurus dan tidak ada pengahalang dari (seksaan)
Allah.
38. Dan
sesungguhnya kami telah uruskan beberapa
Rasul sebelum mu dan kami adakan bagi mereka isteri-isteri dan anak cucu, dan
tidak ada (kekuasaan) bagi seorang Rasul mendatangkan satu ayat, melainkan
dengan izin Allah, bagi tiap-tiap ketentuan itu, ada tulisan nya.
39. Allah
hapuskan apa yang ia kehendaki dan ia tetapkan, kerana pada sisi nya lah ada
Umul Kitab.
40. Dan
jika kami unjukkan kepada mu sebahagian dari yang kami janjikan kepada mereka
atau kami matikan mu, maka hanya wajib atas mu menyampaikan dan atas kami menghitungnya.
41. Dan
tidak kah mereka lihat, bahawa kami datangi bumi (mereka iaitu) kami kurangkan dia dari hujan-hujan nya ? dan
Allah menghukum, tidak ada yang bisa membatalkan hukum nya, dan ia itu lekas
(dalam) menghitung.
42. Dan
sesungguhnya telah menipu daya orang-orang yang sebelum mereka, tetapi bagi
Allah lah (terserah balasan) tipu daya sekelian nya, ia tahu apa yang
dikerjakan oleh tiap-tiap seorang, dan orang-orang kafir akan mengetahui bagi
siapa kah balasan akhirat itu.
43. Dan
berkata orang-orang kafir itu, “engkau bukan utusan”. Katakanlah; “cukup Allah sebagai saksi antara
ku dan antara kamu, dan (cukup) orang
yang padanya ada pengetahuan (tentang) kitab.
{14}
IBRAHIM (1~52).
IBRAHIM (1~52).
Dengan
nama Allah, pemurah, penyayang.
1. Alif
Laam Raa, (ini) satu kitab yang kami turunkan dia kepada mu, untuk engkau
keluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dengan izin Tuhan mereka,
kejalan (Tuhan) yang teguh, yang terpuji.
2. Allah
itu ialah (Tuhan) yang kepunyaan nya lah apa-apa yang ada dilangit-langit dan
apa yang ada dibumi, dan kecelakaan dari azab yang pedih, adalah bagi
orang-orang kafir.
3. (Iaitu)
orang-orang yang utamakan penghidupan dunia
lebih dari akhirat, dan yang paling dari jalan Allah, dan yang mahu kan
(dunia) itu (dengan jalan yang) bengkok,
mereka itu dalam kesesatan yang jauh.
4. Dan tidak kami utus seorang Rasul, melainkan
dengan bahasa kaumnya, supaya ia terangkan kepada mereka, tetapi Allah
sesat kan siapa yang ia kehendaki dan ia pimpin siapa yang ia kehendaki kerana ialah (Tuhan) yang gagah,
yang bijaksana.
5. Dan
sesungguhnya kami telah utus Musa dengan (membawa) ayat-ayat kami (sambil kami
berkata); “hendaklah engkau keluarkan kaum mu dari kegelapan kepada cahaya, dan
ingatkan lah mereka akan hari-hari Allah, kerana pada yang demikian itu, ada
tanda-tanda bagi tiap-tiap orang yang sabar yang menerima kasih.
6. Dan (ingatlah) tetakala Musa berkata kepada
kaumnya; “ingatlah akan nikmat Allah atas kamu, tetakala ia selamatkan kamu
dari keluarga firaun, yang seksa kamu dengan seksaan yang pedih dan mereka
bunuh anak-anak laki-laki kamu dan
mereka biarkan hidup perempuan-perempuan
kamu, kerana pada yang demikian itu ada bala yang besar dari Tuhan kamu”.
7. Dan (ingatlah) tetakala Tuhan kamu memberi
tahu; “jika kamu berterima kasih, nescaya aku akan tambah (nikmat bagi) kau,
dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab ku itu sangat pedih.
8. Dan
berkata Musa; “jika kamu dan siapa-siapa yang dibumi sekelian nya tidak
percaya, maka sesungguhnya Allah itu yang cukup, yang terpuji”.
9.
Bukankah telah datang kepada kamu khabar orang-orang sebelum kamu, (iaitu khabar)
kaum Nuh dan Aad dan Samud dan (khabar) orang-orang yang sesudah mereka ? tidak
ada yang mengetahui (bilangan) mereka melainkan Allah, telah datang kepada
mereka Rasul-Rasul mereka dengan (membawa) keterangan-keterangan , tetapi
mereka tekup kan tangan-tangan mereka
kemulut-mulut mereka sambil berkata;
“sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutuskan dengan nya, dan sesungguhnya kami dalam syak
yang meragu-ragukan tentang apa yang kamu seru kami kepada nya.
10.
Bertanya Rasul-Rasul mereka; “apakah tentang Allah, (kamu) syak, yang
menjadikan langit-langit dan bumi ? ia seru kamu untuk memberi ampun kepada
kamu akan dosa-dosa kamu dan ia akhirkan kamu sampai satu masa yang tertentu”. Mereka jawab; “kamu tidak lain melainkan
manusia seperti kami, kamu mahu palingkan kami dari apa yang bapa-bapa kami
sembah, lantaran itu, bawalah kepada satu keterangan yang nyata”.
11.
Berkata Rasul-Rasul mereka kepada mereka; “kami ini tidak lain, melainkan
manusia seperti kamu, tetapi Allah memberi kurnia kepada siapa yang ia
kehendaki dari hamba-hamba nya, dan
tidak bisa kami bawa kepada kamu keterangan, melainkan dengan izin Allah, dan
kepada Allah lah hendaknya orang-orang mukmin berserah diri”.
12. “Dan
tidak bisa kami tidak menyerahkan diri kepada
Allah, pada hal ia telah unjuk kan kepada kami akan jalan-jalan kami,
dan sesungguhnya kami akan sabar atas ganguan kamu kepada kami, dan kepada
Allah lah hendaklah bertawakal orang-orang yang berserah diri”.
13. Dan
berkata orang-orang kafir kepada Rasul-Rasul mereka; “kami akan keluarkan kamu
dari bumi kami, kecuali kamu kembali ke agama kami”, lalu Tuhan mereka wahyukan
kepada mereka; “sesungguhnya kami akan
binasakan orang-orang yang zalim itu”.
14. “Dan
kami akan dudukkan kamu dibumi sesudah mereka, yang demikian itu, adalah bagi
orang yang takut akan berdiri dihadapan
ku dan takut kepada ancaman ku”.
15. Dan
mereka minta pertolongan, dan sia-sia lah tiap-riap orang yang sombong, yang
melawan.
16.
Dibelakang nya ada neraka, dan akan diberi minum akan dia dengan air
nanah da darah
17. Ia akan minum dia dengan payah, dan hampir
tidak bisa ia luluskan, dan datanglah maut kepadanya dari tiap-tiap tempat
tetapi ia tidak mati, dan sesudah itu, ada azab yang tebal.
18.
Perbandingan orang-orang yang tidak percaya kepada Tuhan mereka, amal-amal
mereka adalah seperti abu yang tiup oleh angin pada hari yang sangat kencang
angin nya. Mereka tidak dapat faedah
sedikit pun dari apa yang mereka telah
usahakan, yang demikian ialah kesesatan yang jauh.
19. Tidak
kah engkau lihat bahawa Allah telah jadikan langit-lanngit dan bumi dengan
benar ? jika ia mahu, ia akan hilangkan
kamu, dan ia akan jadikan mahkluk yang baru.
20. Dan
tidaklah yang demikian itu berat bagi Allah.
21. Dan mereka sekelian akan menghadap Allah, lalu akan berkata
orang-orang yang sombong; “ sesungguhnya dahulu kami mengikut kamu, lantaran
itu, bisakah kamu melepaskan diri kami sedikit (sahaja) dari azab Allah ? “
mereka jawab ; “kalau Allah pimpin kami, tentu kami pimpin kamu, sama
sahaja bagi kita, mahu pun kita dukacita
atau kita sabar, kerana tidak ada bagi kita tempat lari”.
22. Dan
berkata syaitan, tetakala diputuskan hukuman;
“sesungguhnya Allah janji kepada
kamu perjanjian yang benar, tetapi aku janji kepada kamu, lalu aku menyalahi
(janji) kepada kamu, dan tidaklah ada bagi ku kekuasaan atas kamu, kecuali aku
ajak kamu, lalu kamu perkenankan daku, lantaran itu, janganlah kamu cela akan
daku, tetapi celalah diri-diri kamu (sendiri), tidaklah aku bisa menolong kamu
dan tidaklah kamu bisa menolong akan
daku, aku kufur kepada pekerjaan kamu menyekutukan daku dahulu”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, bagi
mereka lah azab yang pedih.
23. Dan
dimasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh kedalam syurga yang mengalir
padanya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya dengan izin Tuhan
mereka, penghormatan mereka padanya (ialah); “salam”.
24. Tidak kah engkau lihat, bagaimana Allah adakan
perumpamaan, satu kalimah yang baik, seperti satu pohon yang baik, yang
pangkalnya tetap dan cabang nya kelangit.
25. Ia
datangkan makanan nya tiap-tiap waktu dengan izin Tuhan nya ! dan Allah adakan
misal-misal itu untuk manusia, supaya mereka bisa ingat.
26. Dan
perumpamaan kalimah yang jelek, seperti satu pohon yang jelek, yang dicabut
dari atas bumi (sehingga) tidak ada bagi nya ketetapan (lagi).
27. Allah
tetapkan orang-orang yang beiman, dengan perkataan yang tetap dipenghidupan dunia dan diakhirat,
dan Allah sesatkan orang-orang yang
zalim, dan Allah berbuat apa yang ia kehendaki.
28. Tidak
kah engkau lihat orang-orang yang tukar nikmat Allah dengan kekufuran, dan
tempatkan kaum mereka dalam kebinasaan ?
29.
(Iaitu) neraka jahanam yang mereka akan
masuk padanya, pada hal jelek tempat ketetapan itu.
30. Dan
mereka adakan bagi Allah sekutu-sekutu untuk menyesatkan (manusia) dari jalan
nya. Katakan lah; “bersenang-senanglah kamu, kerana sesungguhnya tempat kambali
kamu itu ke neraka”.
31.
Katakanlah kepada hamba-hamba ku yang beriman, supaya mereka mendirikan
sembahayang dan membelanjakan
dari apa yang kami kurniakan kepada mereka dengan sembunyi dan terang-terangan
sebelum datang satu hari yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada
persahabatan.
32. Allah
lah yang menjadikan langit-langit dan bumi, dan menurunkan dari langit akan
hujan, lalu dengan itu, ia keluarkan buah-buahan sebagai rezeki bagi kamu, dan
ia mudahkan kapal-kapal bagi kamu untuk ia berjalan dilaut dengan perintah nya
dan ia mudahkan bagi kamu sungai-sungai.
33. Dan
ia mudahkan bagi kamu matahari dan bulan
yang tetap berjalan, dan ia mudahkan bagi kamu malam dan siang.
34. Dan
ia beri kepada kamu tiap-tiap apa yang kamu minta, dan jika kamu hitung
nikmat-nikmat Allah, kamu tidak bisa jumlahkan dia, tetapi manusia itu zalim,
tidak berterima kasih.
35. Dan
(ingatlah) tetakala Ibrahim berkata; “hai
Tuhan ku ! jadikan lah negeri ini aman, dan jauh kan lah akan daku dan
anak-anak ku daripada menyembah berhala-berhala”.
36. “Hai Tuhan ku ! sesungguhnyamereka menyesatkan banyak
manusia, lantaran itu, barang siapa ikut kepada ku, maka sesungguhnya ia
daripada (golongan) ku, dan barang siapa derhaka kepada ku, maka sesungguhnya
engkau pengampun penyayang”.
37. “Hai Tuhan kami ! sesungguhnya aku
tempatkan sebahagian anak cucu ku disatu lembah yang tidak ada tumbuh-tumbuhan,
didekat rumah mu yang terhormat. Hai Tuhan kami ! supaya mereka dirikan
sembahayang, lantaran itu jadikan lah hati-hati manusia condong kepada mereka,
dan kurniakan lah mereka buah-buahan mudah-mudahan mereka berterima kasih”.
38. “Hai Tuhan kami ! sesungguhnya engkau tahu
apa yang kami menyembunyikan dan apa yang kami terangkan, dan tidak ada satu
pun yang tersembunyi bagi Allah dibumi dan tidak dilangit”.
39. “Sekelian puji kepunyaan Allah yang telah
beri kepada ku sesudah tua ku ini, Ismail dan Ishak, sesungguhnya Tuhan ku
mendengar akan doa”.
40. “Hai Tuhan ku ! jadikan ku orang yang
mendirikan sembahayang dan (bagitu juga) anak cucuku, Hai Tuhan kami !
terimalah doa ku”.
41. “Hai Tuhan Kami ! ampunkan daku dan dua ibu
bapa ku dan orang-orang mukmin pada hari terjadi perhitungan”.
42. Dan
jangan lah engkau kira Allah itu lalai
dari apa yang dikerjakan oleh orang-orang zalim, hanya ia undurkan mereka
sampai satu hari yang padanya tercengang pemandangan-pemandangan.
43.
Dengan keadaan terburu-buru dan menundukkan kepala-kepala mereka, pada hal
mata-mata mereka tidak berkelip, sedangkan hati-hati mereka kosong.
44. Dan
ancamlah manusia dengan hari yang akan datang azab (padanya) kepada mereka,
lalu akan berkata orang-orang yang zalim; “hai Tuhan kami ! undurkan lah kami
sampai satu masa yang dekat, supaya kami akan jawab seruan mu dan menurut
kepada Rasul-Rasul”. Bukan kah kamu pernah bersumpah sebelum ini, (bahawa) kamu
tidak akan berubah ?.
45. Dan kamu tinggal ditempat tinggal orang-orang
yang menzalami diri-diri sendiri, dan terang bagi kamu, bagaimana kami
telah berbuat kepada mereka dan
(bagaimana) kami adakan bagi kamu perumpamaan-perumpamaan ?.
46. Dan
sesungguhnya mereka telah (menjadikan) tipu daya mereka, pada hal disisi Allah lah
(ada balasan) tipu daya mereka, walau pun dengan tipu daya mereka itu akan
hilang gunung-gunung.
47.
Lantaran itu, jangan lah engkau kira
Allah memungkiri janji nya kepada Rasul-Rasul nya kerana sesungguhnya Allah itu yang gagah, yang mempunyai balasan.
48. Pada
hari diganti bumi dengan bumi lain dan (diganti) langit-langit dan mereka akan
menghadap Allah, yang tunggal, yang maha kuasa.
49. Dan
engkau akan lihat orang-orang dosa pada hari itu terikat dengan
belengu-belengu.
50. Pakaian-pakaian mereka
adalah dari kuningan yang panas, dan api neraka akan menutup
muka-muka mereka.
51. Untuk
Allah membalas kepada tiap-tiap diri, apa yang ia telah usahakan, sesungguhnya
Allah itu lekas dalam menghitung.
52. Ini
satu penyampaian kepada manusia, dan supaya mereka diancam dengan nya dan
supaya mereka tahu, bahawa hanya ialah Tuhan yang satu dan supaya orang-orang
yang mempunyai fikiran suka ingat.
{15}
AL-AIJR (Batu Gunung) 1~99.
AL-AIJR (Batu Gunung) 1~99.
Dengan
nama Allah, pemurah, penyayang.
1. Alif laam Raa,
inilah ayat-ayat dari kitab itu dan (ayat-ayat dari) bacaan yang nyata.
[Previous Surah][Next Surah][Home]