Friday, 30 September 2016

Surah Al-Baqarah (230)



2.2.230.
Juz:2, Surah:2, Ayat 230:

Ringkasan tafsir;
Ayat ini bersambung dari ayat diatas (229) berkaitan dengan talak tiga, yang mana lelaki tersebut tidak boleh dirujuk kembali kepada perempuan tersebut, kecuali perempuan itu telah berkhawin dengan lelaki lain cukup syarat berikut maka bolehlah ambil kembali perempuan itu dengan akad nikah yang baru; 

1. Perempuan itu sudah habis idahmya.
2. Perempuan itu hendaklah berkhawin dengan lelaki lain (akad nikah secara sah).
3. Perempuan itu mesti telah bersetubuh dengan suami barunya.
4. Perempuan itu hendaklah diceraikan oleh suami barunya.
5. Perempuan itu hendaklah habis idah dengan bekas suami barunya.


[Previous] [Next]
.

.
Detail; 


Khatam Juzuk2, Surah2
Tafsir (2.2.230);
[BS] http://ahjibkor.blogspot.my/2016/09/230.html 
Terjemahan, 221~230,
[GS]
https://t.co/qYY3L7uP40
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr    



 




via,
rayyanfreinds@gmail.com
(recover, nhance.calsimax@yahoo.com.my).





.

Wednesday, 4 December 2013

Juzuk 13



JUZ ke 13.  
YUSUF 53~111 
AR-RA'D 1~43

IBRAHIM 1~51
AL-AIJR (Batu Gunung) 1~1


YUSUF 53~111
53. Dan tidak aku membersihkan diri ku, kerana sesungguhnya  nafsu menyuruh kepada kejahatan, melainkan orang yang dikasihini oleh Tuhan ku, (kerana)  sesungguhnya Tuhan ku itu pengampun, penyayang”.
54. Dan berkata raja; “bawalah dia kepada ku, aku akan jadikan dia orang yang rapat kepada  ku”.  Maka tetakala ia beromong degnan nya, ia berkata; “sesungguhnya engkau pada hari ini disisi kami  orang yang berpangkat, yang dipercayai”.
55. Ia berkata; “jadikanlah akan daku (pengurus) bagi harta benda negeri , (kerana) sesungguhnya  aku seorang penjaga yang mengerti”.
56. Dan demikianlah kami tetapkan Yusof dibumi,  ia boleh bertempat dimana ia suka. Kami kenakan rahmat kami kepada siapa yang kami kehendaki, dan kami tidak sia-sia kan ganjaran orang-orang yang berbuat kebaikan.
57. Dan sesungguhnya gangajaran akhirat itu, lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta adalah mereka berbakti.
58. Dan datanglah saudara-saudara Yusof, lalu mereka masuk padanya, maka ia kenal kepada mereka, tetapi mereka tidak kenal dia.
59. Dan tetakala ia sediakan bagi mereka akan bekalan mereka, ia berkata; “nanti bawalah kepada ku saudara kamu dari bapa kamu. Tidak kah kamu lihat, bahawa aku sempurnakan sukatan dan (bawa) aku sebaik-baik orang yang menerima tamu ?”.
60. “Maka sekiranya kamu tidak bawa dia kepada ku, tidaklah kamu akan dapat sukatan daripada ku, dan janganlah kamu dekat kepada ku”.


61. Mereka berkata; “nanti kami bersungguh-sungguh minta dia kepada bapanya dan sesungguhnya kami akan kerjakan”.
62. Dan ia berkata kepada bujang-bujang nya; “masuk kan lah pembayaran mereka itu didalam barang-barang mereka, supaya mereka tahu dia, apabila mereka sampai kepada ahli mereka, mudah-mudahan mereka kembali (lagi)”.
63. Maka tetakala mereka  kembali kepada bapa mereka, mereka berkata; “hai bapa kami ! dilarang sukatan buat kita, lantaran itu kirimlah bersama kami saudara kami, nanti kami bisa dapat sukatan  dan sesungguhnya kami akan jaga dia”.
64. Ia berkata; “bukankah aku tidak bisa percaya kepada kamu tentang dia, melainkan sebagaimana aku telah percaya kepada kamu tentang saudaranya yang dahulu itu, tetapi Allah sebaik-baik penjaga dan ialah sekasih-kasih panyayang ?”
65. Dan tetakala mereka buka barang-barang mereka, mereka dapati pembayaran mereka dikembalikan kepada mereka, mereka berkata; “hai bapa kami ! apakah yang kita mahukan (lagi?) ini bayaran kita dikembalikan kepada kita, dan kami akan bawa kan (makanan bagi) ahli kami dan kami akan pelihara saudara kami dan kami akan minta ditambah satu unta, yang demikian itu sukatan yang mudah”.
66. Ia berkata; “aku tidak akan kirimkan dia bersama kamu, sehingga kamu beri kepada ku satu perjanjian atas nama Allah, bahawa kamu akan bawa kembali dia, melainkan kalau kamu dikepung”.  Maka tetakala mereka berikan kepada nya  perjanjian mereka, ia berkata; “Allah lah sebagai saksi atas apa yang kita kenakan”.
67. Dan ia berkata; “hai anak-anak ku ! janganlah kamu masuk dari satu pintu, dan masuklah dari beberapa pintu, tetapi aku tidak bisa melepaskan diri kamu sesuatu (takdir) dari Allah, (kerana) tidak ada hukum, melainkan kepunyaan Allah, kepadanya lah aku berserah diri dan kepada nya lah hendaknya orang-orang mukmin berserah diri”.
68. Dan tetakala mereka masuk sebagaimana yang bapa mereka perintahkan mereka, tidaklah bisa ia melepaskan diri mereka sesuatu dari (takdir) Allah, melainkan satu kemahuan pada diri Yaakub yang ia sempurnakan  dan sesungguhnya ia mempunyai  ilmu, kerana kami telah ajarkan nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
69. Dan tetakala mereka masuk kepada Yusop, ia peluk saudaranya,  sambil berkata; “sesungguhnya aku ini saudara mu, lantaran itu, janganlah engkau berdukacita atas apa yang mereka telah kerjakan”.
70. Maka setelah ia sudah sediakan bagi mereka bekalan mereka, ia taruh piala itu dalam kenderaan nya, kemudian meyeru seorang penyeru; “hai kafilah ! sesungguhnya kamu itu pencuri”.


71. Mereka bertanya sambil menghadap kepada mereka; “apakah yang kamu kehilangan ?”
72. Mereka jawab; “kami kehilangan piala raja, dan  barang siapa  bisa dapatkan dia, (maka upahnya, gandum) satu pikulan unta, dan  aku yang jadi tanggungan nya”.
73. Mereka berkata ; “demi Allah ! sesungguhnya kamu mengetahui (bahawa) tidak kami datang untuk membikin rumah dibumi (ini), dan bukan lah kami pencuri”.
74. Mereka bertanya; “maka apakah balasan nya, jika betul kamu pendusta ?”
75. Mereka jawab; “balasan nya, barang siapa didapati (mata benda itu) pada kenderaan nya, maka dialah balasan nya”. Demikianlah kami balas orang-orang yang zalim.
76. Lalu mulailah ia (periksa) tempat-tempat barang mereka, sebelum (memeriksa) tempat barang  saudaranya, kemudian ia mengeluarkan dari tempat barang saudaranya, demikianlah kami aturkan tipu daya buat Yusuf, tidaklah bisa ia mengambil saudaranya menurut hukum raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah, kami tinggikan darjat-darjat orang yang kami kehendaki, tetapi atas tiap-tiap yang mempunyai ilmu, ada yang lebih mengetahui.
77. Mereka berkata; “jika ia mencuri, maka sesungguhnya saudara nya (juga) mencuri dahulu”, tetapi Yusof sembunyikan itu dalam dirinya dan tidak ia nyatakan nya kepada mereka, sambil berkata; “kamu sejahat-jahat darjat, dan Allah mengetahui apa  yang kamu terangkan”.
78. Mereka berkata; ”hai pembesar ! sesungguhnya ia ada mempunyai seorang bapa yang tua benar, lantaran itu, ambillah salah seorang dari kami sebagai  gantinya sesungguh nya kami lihat engkau daripada  orang-orang yang berbuat kebaikan”.
79. Ia berkata; “kami berlindung kepada Allah daripada menahan (siapa-siapa), kecuali orang yang kami dapati padanya barang kami, (kerana) sesungguhnya kalau bagitu, adalah kami orang-orang yang zalim”.
80. Maka tetakala mereka telah putus asa daripada nya, mereka asingkan diri dengan berbisik-bisik kan, berkata yang tua dari antara mereka; “tidakkah kamu ketahui, bahawa bapa kita telah mengambil perjannjian dari kamu  atas nama Allah, dan (bahawa) dahulu kamu telah sia-siakan Yusuf ? lantaran itu, aku tidak mahu tinggalkan negeri  ini sehingga bapa ku izinkan kepada ku atau (sampai) Allah hukum kan bagi ku, kerana ia itu sebaik-baik penghukum”.


81. Kembalilah kepada bapa kamu dan katakan; “hai bapa kami ! sesungguhnya anak mu telah mencuri, dan kami tidak saksikan  melainkan apa yang kami ketahui, dan kami tidak bisa jika barang yang ghaib”.
82. “Dan tanyalah kepada (orang-orang) negeri yang kami ada padanya dan (tanyalah kepada) kabilah-kabilah yang kami jumpa dalam negeri itu, sesungguhnya kami ini orang-orang yang benar”.
83. Ia berkata; “bahkan nafsu-nafsu kamu telah mengampangkan bagi kamu  (mengerjakan) satu urusan, maka (urusan ku ialah) kesabaran yang banyak, mudah-mudahan Allah datangkan kepada ku mereka sekelian, sesungguhnya ialah yang mengetahui, bijaksana”.
84. Lalu ia berpaling dari mereka dan berkata; “hai dukacita ku atas Yusuf !” hingga pucatlah kedua-dua matanya lantaran dukacita nya, tetapi ia sembunyikan.
85. Mereka berkata; “demi Allah ! selamanya engkau ingat Yusuf, hingga jadilah engkau berpenyakit atau engkau akan jadi dari golongan orang-orang yang binasa”.
86. Ia berakata; ”hanya aku mengadukan kesusahan ku dan dukacita ku kepada Allah, dan aku mengetahui dari Allah apa-apa yang kamu tidak tahu”.
87. “Hai anak-anak ku ! pergilah dan carilah rahsia tentang Yusof dan saudaranya, tetapi jangan lah kamu putus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya tidak putus asa dari rahmat Allah melainkan kaum kafir”.
88. Maka tetakala mereka masuk padanya, mereka berkata; “hai pembesar ! telah mengenai kami dan ahli kami kesusahan, dan kami datang dengan (membawa) barang yang tidak berharga, lantaran itu, sempurnakan lah sukatan dan bersedakahlah kepada kami, sesungguhnya Allah membalas orang-orang yang bersedakah”.
89. Ia bertanya; “apakah kamu ingat apa yang kamu telah berbuat kepada Yusof dan saudaranya, tetakala kamu bodoh ?”.
90. Mereka bertanya; “apakah engkau (ini) Yusof ?” ia jawab; “aku Yusof dan ini saudara ku, sesungguhnya Allah telah mengurniakan atas kami, sesungguhnya barang siapa berbakti dan sabar, maka sesungguhnya Allah tidak akan sia-sia kan ganjaran  orang-orang yang berbuat kebaikan”.


91. Mereka berkata ; “demi Allah ! sesungguhnya Allah telah muliakan mu atas kami, dan sesungguhnya adalah kami orang-orang yang salah”.
92. Ia berkata; “tidak mengapa bagi kamu pada hari ini, mudah-mudahan Allah ampunkan kamu, kerana ialah sayang-sayang penyayang”.
93. “Pergilah dengan baju ku ini, lalu kenakan dia atas muka bapaku, nanti ia akan datang dengan melihat, dan bawalah  kepada ku ahli kamu sekelian”.
94. Dan tetakala keluar kabilah itu, berkata bapa mereka; “sesungguhnya aku dapat bawa Yusof, jikalau tidak kamu anggap aku gila”.
95. Mereka berakata; “demi Allah ! sesungguhnya engkau didalam kekeliruan mu yang lama”.
96. Maka tetakala datang pembawa khabar kegirangan itu, ia taruhkan nya dimuka nya, lalu kembalilah ia melihat. Ia berkata; ”bukankah aku telah berkata kepada kamu , bahawa aku mengetahui dari Allah apa-apa yang kamu tidak tahu?”.
97. Mereka berkata ; “hai apa kami, mintakan lah ampun bagi kami tentang dosa-dosa kami, kerana sesungguhnya kami ini orang-orang yang salah”.
98. Ia berkata; “nanti aku minta kan ampun bagi kamu dari Tuhan ku, keraana sesungguhnya  ialah pengampun, penyayang”.
99. Maka tetakala mereka masuk ke Yusof, ia hampiri kedua ibu bapa nya dan ia berkata; “masuklah kamu ke negeri Mesir, jika dikehendaki oleh Allah dengan aman”.
100. Dan ia dudukkan ibu bapa nya diatas singgah sana, lalu mereka tunduk sujud kepada nya dan ia berkata; “hai bapa ku ! inilah takwail  mimpiku dahulu, Allah telah jadikan dia benar, dan sesungguhnya ia telah berbuat baik kepada ku, tetakala ia keluarkan daku dari penjara, dan ia datangkan kamu dari desa sesudah syaitan menggangu antara ku dan antara saudara-saudara ku, sesungguhnya Tuhan ku lemah lembut kepada apa yang ia kehendaki, kerana sesungguhnya ialah yang amat mengetahui, bijaksana”.


101. “Hai Tuhan ku ! sesungguhnya engkau telah beri kepada ku kerajaan dan engkau telah ajar kepada ku takwail mimpi, hai yang menjadikan langit-langit dan bumi ! engkau penjaga ku didunia dan akhirat, terimalah akan daku sebagai muslim dan hubungkan lah akan daku dengan orang-orang yang soleh”.
102. Yang demikian itu, khabar ghaib yang kami wahyukan kepada mu pada hal engkau tidak  ada dihadapan mereka, tetakala mereka rombak urusan mereka, pada hal mereka mengatur tipu daya.
103. Dan kebanyakan manusia, walau pun engkau ingin, tidak mahu beriman.
104. Sedang engkau tidak minta kepada mereka bayaran atas itu, yang demikian tidak lain, melainkan satu peringatan bagi manusia.
105. Dan beberapa banyak tanda dilangit-langit dan dibumi yang mereka lalui, tetapi mereka berpaling daripadanya.
106. Dan kebanyakan dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan sambil menyegutukan.
107. Apakah mereka aman daripada kedatangan azab kepada mereka dari Allah atau kedatangan kiamat kepada mereka dengan tiba-tiba, sedangkan mereka tidak sadar ?
108. Katakan lah; “inilah jalan ku, yang aku dan orang-orang yang turut kepada ku seru (manusia) kepada Allah dengan (menunjukkan) keterangan, dan maha suci Allah ! dan bukanlah aku ini dari golongan musrikin”.
109. Dan tidak kami urus sebelum mu, melainkan laki-laki dari ahli negeri-negeri, yang kami beri wahyu kepada mereka, apakah tidak mahu mereka berjalan dibumi, lalu mereka lihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana nya, tidak kah mahu kamu fikirkan ?.
110. Hingga apabila  putus asa Rasul-Rasul itu dan mereka sangka, bahawa mereka telah didustakan, (bawalah) datang pertolongan kami, lalu diselamatkan siapa yang kami kehendaki, dan seksaan kami tidak bisa ditolak dari kaum yang berdosa.
111. Sesungguhnya ada pada cerita-serita mereka, satu pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. Bukanlah ia itu omongan yang diada-adakan, tetapi mencucuki apa yang ada dihadapan nya dan sebagai keterangan bagi tiap-tiap sesuatu, dan sebagai pertunjuk dan rahmat bagi kaum yang mahu beriman.


{13}  
AR-RA’D (Petir)
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Alif Laam Miim Raa. Kitab itu barang yang diturunkan kepada mu dari Tuhan mu (adalah) benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mahu beriman.
2. Allah lah yang meninggikan langit-langit dengan tidak betiang yang kamu lihat dia, kemudian ia semayam atas Arash, dan ia telah mudahkan matahari dan bulan, tiap-tiap satu berjalan menurut batas yang ditentukan, ia atur sekelian urusan, ia terangkan ayat-ayat nya, supaya kamu yakin kepada pertemuan dengan Tuhan kamu.
3. Dan ialah  yang bentang bumi, dan ia jadikan padanya gunung-gunung dan sungai-sungai, dan dari tiap-tiap buah-buahan, ia jadikan sepasang-pasang, ia tutup siang dengan malam, sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir.
4. Dan dibumi (ada) beberapa potong (tanah) yang berhampiran dan (ada)  kebun-kebun  anggur dan (ada) tanam-tanaman dan kurma yang berumpun dan yang tidak berumpun, disiram dengan satu (macam) air, dan kami lebihkan sebahagian nya atas sebahagian tentang rasanya, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda bagi kaum yang mahu fikirkan.
5. Dan jika (ada yang) engkau merasakan hairan, maka hairan perkataan mereka; “apabila kami sudah jadi tanah, apakah kami (akan jadi) dalam kejadian yang baharu ?” mereka itu lah orang-orang yang tidak percaya kepada Tuhan mereka, dan belengu-belengu ada dileher-leher mereka, dan merekalah  ahli neraka, hal keadaan mereka kekal padanya.
6. Dan mereka minta kepada mu melekaskan kejahatan sebelum kebanyakan, pada hal sesungguhnya telah  lewat sebelum mereka  beberapa seksaan, sesungguhnya Tuhan mu itu yang mempunyai keampunan bagi manusia atas kezaliman mereka dan sesungguhnya  Tuhan mu itu, pedih seksaan nya.
7. Dan berkata orang-orang kafir; “alangkah baiknya kalau diturunkan atas nya satu tanda dari Tuhan nya !” sesungguhnya engkau tidak lain, melainkan seorang pengancam kerana bagi tiap-tiap kaum, ada seorang pimpinan.
8. Allah mengetahui apa yang dikandung oleh tiap-tiap perempuan dan apa  yang kandungann itu kurangkan dan apa yang bertambah, kerana  tiap-tiap sesuatu pada sisinya, dengan ukuran.
9. Yang mengetahui barang yang ghaib dan yang nyata, yang maha besar, yang maha tinggi.
10. Sama sahaja dari (antara) kamu orang yang sembunyikan omongan dan orang yang nyatakan dia, dan orang yang bersembunyi pada waktu malam dan orang yang berjalan pada waktu siang.


11. Bagi nya ada penjaga yang berkeliar dihadapanya dan dibalakang nya, yang menjaga dia dengan perintah Allah, sesungguhnya Allah tidak akan mengubah pada yang ada disatu kaum.  Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada disatu kaum, sehingga mereka ubah apa yang ada didiri mereka (sendiri-sendiri), dan apabila Allah mahu (kenakan) kejahatan kepada satu kaum, maka tidaklah ada penolakan nya, dan tidak ada bagi mereka pergurus selain daripadanya.
12. Ialah yang diunjukkan kepada kamu kilat, untuk menakutkan dan kerana memberi harapan dan ia jadikan mega (awan) yang berat.
13. Dan petir itu beribadat dengan memujinya, dan (demikian juga) melaikat, lantaran takut kepadanya, dan ia kirim hala-lintar dan ia kenakan dia kepada siapa yang ia kehendaki, tetapi mereka membantah tentang Allah, pada hal iaitu pedih seksaan nya.
14. Baginya lah ejekan yang benar, dan orang-orang yang mereka seru selain daripadanya, tidak lah akan mengkabulkan sesuatu bagi mereka, melainkan seperti orang yang bentangkan dua tapak tangan nya atas air, supaya bisa sampai mulut nya, pada hal ia tidak bisa sampai, dan tidaklah ada seruan orang-orang kafir itu, melainkan dalam kesesatan.
15. Dan kepada Allah lah bersujud apa yang ada dilangit-langit dan dibumi, dengan taat dan dengan terpaksa, dan (juga bersujud) bayangan mereka diwaktu pagi dan petang.
16. Tanyalah; “siapakah Tuhan bagi langit-langit dan bumi ?” jawabkan lah; “Allah”, tanyalah (pula) ; “apakah (patut) kamu jadikan pintu-pintu selain daripada nya yang tidak memiliki bagi diri-diri mereka (sendiri) manfaat dan tidak mudarat?” tanyalah; “apakah sama orang buta dengan orang yang melihat ? atau adakah sama gelap dengan terang atau adakah mereka adakan bagi Allah satu-satu yang (bisa) membikin serta bikinan nya, sehingga makhluk itu kesamaran buat mereka?” katakan lah; “Allah lah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu dan ialah yang tunggal, yang maha kuasa”.
17. Ia turunkan air dari langit, lalu banjir lembah-lembah dengan ukuran nya, lalu air banjir itu mengandung buih yang timbul, dan daripada apa yang dibakar dalam api, lantaran mahukan perhiasan dan perkakasan, (pun) ada bueh seperti itu. Demikikanlah Allah misalkan  kebenaran dan kebatilan, maka ada pun bueh itu, akan hilang dengan sia-sia, dan ada pun apa yang bisa memberi menafaat kepada manusia, maka ia akan tinggalkan dibumi, demikianlah Allah terangkan beberapa perumpamaan.
18. Bagi orang-orang yang memperkenankan (ajakan) Tuhan mereka, (adalah) kebaikan, dan orang-orang yang tidak mahu memperkenankan (ajakan)nya, walau pun ada bagi mereka semua apa yang ada dibumi  dan  sebanyak itu (lagi) bersamanya, tentu mereka (mahu) akan tebus diri-diri dengan nya, mereka itu adalah bagi mereka perhitungan yang jelek, dan tempat belindung mereka, (ialah)  neraka, dan jelek tempat kedudukan (mereka).
19. Apakah orang yang mengetahui, bahawa tidak ada yang diturunkan kepada mu dari Tuhan mu melainkan benar itu, sama seperti orang buta ?  yang mahu fikirkan itu hanyalah orang-orang yang berakal.
20. Yang sempurna perjanjian Allah dan tidak merosak ikatan perjanjian.


21.  Dan yang hubungkan apa yang diperintahkan oleh Allah supaya dihubungkan, dan takutlah kepada Tuhan mereka dan takut kepada kepayahan (hari) perhidungan.
22. Dan yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka, dan mendirikan sembahayang dan membelanjakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, dengan tersembunyi dan dengan terang, dan menolak kejahatan dengan cara yang baik, mereka itu adalah bagi mereka balasan (baik) diakhirat.
23. (iaitu) syurga-syurga kekal yang mereka akan masuk padanya bersama orang-orang yang berbuat kebaikan   dari bapa-bapa mereka dan isteri-isteri mereka dan anak cucu mereka, sedang melaikat akan masuk (ketempat)  mereka dari tiap-tiap pintu.
24. (Sambil berkata); “mudah-mudahan keselamatan atas kamu lantaran kesabaran kamu oleh itu alangkah baiknya balasan akhirat !“
25. Dan orang-orang yang memecahkan perjanjian Allah sesudah dikuatkan, dan memutuskan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan, dan memutuskan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan nya, dan mengadakan kerusakan dibumi , adalah bagi mereka laknat, dan bagi mereklah tempat kedudukan yang tidak baik.
26. Allah membentangkan  rezeki kepada siapa yang ia kehendaki, dan ia membatasinya  dan mereka merasa senang dengan kehidupan dunia, pada hal penghidupan dunia (dibandingkan) dengan akhirat, tidak lain, melainkan satu bekalan.
27. Dan berkata orang-orang yang tidak beriman; “alangkah baiknya, kalau diturunkan  kepada nya satu tanda dari Tuhan nya !” katakanlah; “sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang ia kehendaki dan ia pimpin  ke(jalan)nya akan orang yang bertaubat”.
28. “Yang beriman dan tenteram hati-hati nya lantaran ingat kepada Allah”. Ketahuilah ! dengan ingat kepada Allah lah, bisa tenteram hati-hati (manusia). 
29. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh (adalah) kebahagian bagi mereka dan tempat kembali yang baik.
30. Demikianlah kami utus mu pada satu umat, yang telah terdahulu sebelumnya beberapa umat, untuk engkau bacakan kepada mereka apa yang kami wahyu kan kepada mu, tetapi mereka tidak percaya kepada Rahman. Katakan lah; “dialahTuhan ku, tidak ada Tuhan, melainkan  dia, kepadanya lah aku berserah diri dan kepadanya tempat kembali ku”.


31. Dan jikalau ada satu  kitab bacaan yang (bisa) dijalankan gunung-gunung dengan nya, atau dibelah bumi dengan nya, atau dibikin omong  orang-orang mati dengan nya, (maka  Quran lah), bahkan  kepunyaan Allah lah semua urusan. Apakah tidak tahu orang yang beriman, bahawa kalau Allah  mahu, nescaya ia pimpin manusia semua ?  tetapi sentiasa orang-orang kafir dikenai oleh azab lantaran apa yang mereka kerjakan, atau (azab itu) mengenai dekat dari kampung mereka, sehingga datang perjanjian Allah, kerana sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.
32. Dan sesungguhnya telah diperolok-olok kan beberapa Rasul sebelum mu, tetapi aku beri tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian aku azab mereka, maka bagaimanakah azab ku ?.
33. Apakah (Tuhan) yang menjaga tiap-tiap jiwa bersama apa yang (jiwa) itu usahakan, (sama dengan yang tidak menjaga?), tetapi mereka  adakan (juga) bagi Allah sekutu-sekutu. Katakanlah;  “sebutlah (nama-nama) mereka itu. Apakah kamu mahu khabarkan kepada nya apa yang ia tidak tahu dibumi ? atau kah dengan perkataan yang dzahir (sahaja)? Bahkan dihiaskan bagi orang-orang kafir itu, tipu daya mereka dan dihalangi mereka dari jalan (Allah), dan barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidaklah ada bagi nya pimpinan.
34. Adalah bagi mereka azab dipenghidupan dunia, sedang azab akhirat lebih pedih, dan tidaklah ada bagi mereka sebarang pemelihara selain dari Allah.
35. Bandingan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang berbakti, (adalah seperti syurga yang) mengalir padanya sungai-sungai, makanan nya kekal, dan (demikian juga) bayangan nya. Yang demikian itu ganjaran bagi orang-orang yang berbakti, sedang balasan orang-orang yang kafir (ialah) neraka.
36. Dan orang-orang yang pernah kami berikan kitab, senang kepada yang diturunkan kepada mu, tetapi dari antara golongan-golongan itu, ada yang ingkari sebahagian nya.  Katakanlah; “hanya aku diperintah supaya menyembah Allah dan (supaya) aku  tidak sekutukan dia, kepadanya lah aku seru, dan kepadanya lah tempat kembali ku”.
37. Dan demikian lah kami turunkan dia sebagai hukum (dalam) bahasa Arab, dan jika engkau turut kemahuan-kemahuan mereka, sesudah datang kepada mu pengetahuan, maka tidaklah ada bagi mu pengurus dan tidak ada pengahalang dari (seksaan) Allah.
38. Dan sesungguhnya kami  telah uruskan beberapa Rasul sebelum mu dan kami adakan bagi mereka isteri-isteri dan anak cucu, dan tidak ada (kekuasaan) bagi seorang Rasul mendatangkan satu ayat, melainkan dengan izin Allah, bagi tiap-tiap ketentuan itu, ada tulisan nya.
39. Allah hapuskan apa yang ia kehendaki dan ia tetapkan, kerana pada sisi nya lah ada Umul Kitab.
40. Dan jika kami unjukkan kepada mu sebahagian dari yang kami janjikan kepada mereka atau kami matikan mu, maka hanya wajib atas mu menyampaikan  dan atas kami menghitungnya.

41. Dan tidak kah mereka lihat, bahawa kami datangi bumi (mereka iaitu) kami  kurangkan dia dari hujan-hujan nya ? dan Allah menghukum, tidak ada yang bisa membatalkan hukum nya, dan ia itu lekas (dalam) menghitung.
42. Dan sesungguhnya telah menipu daya orang-orang yang sebelum mereka, tetapi bagi Allah lah (terserah balasan) tipu daya sekelian nya, ia tahu apa yang dikerjakan oleh tiap-tiap seorang, dan orang-orang kafir akan mengetahui bagi siapa kah balasan akhirat itu.
43. Dan berkata orang-orang kafir itu, “engkau bukan utusan”.  Katakanlah; “cukup Allah sebagai saksi antara ku dan antara kamu, dan (cukup)  orang yang padanya ada pengetahuan (tentang) kitab.


{14}  
IBRAHIM (1~52).
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Alif Laam Raa, (ini) satu kitab yang kami turunkan dia kepada mu, untuk engkau keluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dengan izin Tuhan mereka, kejalan (Tuhan) yang teguh, yang terpuji.
2. Allah itu ialah (Tuhan) yang kepunyaan nya lah apa-apa yang ada dilangit-langit dan apa yang ada dibumi, dan kecelakaan dari azab yang pedih, adalah bagi orang-orang kafir.
3. (Iaitu) orang-orang yang utamakan penghidupan dunia  lebih dari akhirat, dan yang paling dari jalan Allah, dan yang mahu kan (dunia) itu (dengan jalan  yang) bengkok, mereka itu dalam kesesatan yang jauh.
4. Dan tidak kami utus seorang Rasul, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia terangkan kepada mereka, tetapi Allah sesat kan siapa yang ia kehendaki dan ia pimpin siapa yang  ia kehendaki kerana ialah (Tuhan) yang gagah, yang bijaksana.
5. Dan sesungguhnya kami telah utus Musa dengan (membawa) ayat-ayat kami (sambil kami berkata); “hendaklah engkau keluarkan kaum mu dari kegelapan kepada cahaya, dan ingatkan lah mereka akan hari-hari Allah, kerana pada yang demikian itu, ada tanda-tanda bagi tiap-tiap orang yang sabar yang menerima kasih.
6. Dan (ingatlah) tetakala Musa berkata kepada kaumnya; “ingatlah akan nikmat Allah atas kamu, tetakala ia selamatkan kamu dari keluarga firaun, yang seksa kamu dengan seksaan yang pedih dan mereka bunuh anak-anak laki-laki  kamu dan mereka biarkan hidup  perempuan-perempuan kamu, kerana pada yang demikian itu ada bala yang besar dari Tuhan kamu”.
 7. Dan (ingatlah) tetakala Tuhan kamu memberi tahu; “jika kamu berterima kasih, nescaya aku akan tambah (nikmat bagi) kau, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab ku itu sangat pedih.
8. Dan berkata Musa; “jika kamu dan siapa-siapa yang dibumi sekelian nya tidak percaya, maka sesungguhnya Allah itu yang cukup, yang terpuji”.
9. Bukankah telah datang kepada kamu khabar orang-orang sebelum kamu, (iaitu khabar) kaum Nuh dan Aad dan Samud dan (khabar) orang-orang yang sesudah mereka ? tidak ada yang mengetahui (bilangan) mereka melainkan Allah, telah datang kepada mereka Rasul-Rasul mereka dengan (membawa) keterangan-keterangan , tetapi mereka tekup kan tangan-tangan  mereka kemulut-mulut mereka sambil berkata;  “sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutuskan  dengan nya, dan sesungguhnya kami dalam syak yang meragu-ragukan tentang apa yang kamu seru kami kepada nya.
10. Bertanya Rasul-Rasul mereka; “apakah tentang Allah, (kamu) syak, yang menjadikan langit-langit dan bumi ? ia seru kamu untuk memberi ampun kepada kamu akan dosa-dosa kamu dan ia akhirkan kamu sampai satu masa yang tertentu”.  Mereka jawab; “kamu tidak lain melainkan manusia seperti kami, kamu mahu palingkan kami dari apa yang bapa-bapa kami sembah, lantaran itu, bawalah kepada satu keterangan yang nyata”.


11. Berkata Rasul-Rasul mereka kepada mereka; “kami ini tidak lain, melainkan manusia seperti kamu, tetapi Allah memberi kurnia kepada siapa yang ia kehendaki dari hamba-hamba nya,  dan tidak bisa kami bawa kepada kamu keterangan, melainkan dengan izin Allah, dan kepada Allah lah hendaknya orang-orang mukmin berserah diri”.
12. “Dan tidak bisa kami tidak menyerahkan diri kepada  Allah, pada hal ia telah unjuk kan kepada kami akan jalan-jalan kami, dan sesungguhnya kami akan sabar atas ganguan kamu kepada kami, dan kepada Allah lah hendaklah bertawakal orang-orang yang berserah diri”.
13. Dan berkata orang-orang kafir kepada Rasul-Rasul mereka; “kami akan keluarkan kamu dari bumi kami, kecuali kamu kembali ke agama kami”, lalu Tuhan mereka wahyukan kepada  mereka; “sesungguhnya kami akan binasakan orang-orang yang zalim itu”.
14. “Dan kami akan dudukkan kamu dibumi sesudah mereka, yang demikian itu, adalah bagi orang yang takut  akan berdiri dihadapan ku dan takut kepada ancaman ku”.
15. Dan mereka minta pertolongan, dan sia-sia lah tiap-riap orang yang sombong, yang melawan.
16. Dibelakang nya ada neraka, dan akan diberi minum akan dia  dengan air  nanah da darah
17. Ia akan minum dia dengan payah, dan hampir tidak bisa ia luluskan, dan datanglah maut kepadanya dari tiap-tiap tempat tetapi ia tidak mati, dan sesudah itu, ada azab yang tebal.
18. Perbandingan orang-orang yang tidak percaya kepada Tuhan mereka, amal-amal mereka adalah seperti abu yang tiup oleh angin pada hari yang sangat kencang angin nya. Mereka tidak  dapat faedah sedikit pun dari apa  yang mereka telah usahakan, yang demikian ialah kesesatan yang jauh.
19. Tidak kah engkau lihat bahawa Allah telah jadikan langit-lanngit dan bumi dengan benar ?  jika ia mahu, ia akan hilangkan kamu, dan ia akan jadikan mahkluk yang baru.
20. Dan tidaklah yang demikian itu berat bagi Allah.

21.  Dan mereka sekelian  akan menghadap Allah, lalu akan berkata orang-orang yang sombong; “ sesungguhnya dahulu kami mengikut kamu, lantaran itu, bisakah kamu melepaskan diri kami sedikit (sahaja) dari azab Allah ? “ mereka jawab ; “kalau Allah pimpin kami, tentu kami pimpin kamu, sama sahaja  bagi kita, mahu pun kita dukacita atau kita sabar, kerana tidak ada bagi kita tempat lari”.
22. Dan berkata syaitan, tetakala diputuskan hukuman;  “sesungguhnya Allah  janji kepada kamu perjanjian yang benar, tetapi aku janji kepada kamu, lalu aku menyalahi (janji) kepada kamu, dan tidaklah ada bagi ku kekuasaan atas kamu, kecuali aku ajak kamu, lalu kamu perkenankan daku, lantaran itu, janganlah kamu cela akan daku, tetapi celalah diri-diri kamu (sendiri), tidaklah aku bisa menolong kamu dan tidaklah kamu bisa  menolong akan daku, aku kufur kepada pekerjaan kamu menyekutukan daku dahulu”.  Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, bagi mereka lah azab yang pedih.
23. Dan dimasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh kedalam syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya dengan izin Tuhan mereka, penghormatan mereka padanya (ialah); “salam”.
24. Tidak kah engkau lihat, bagaimana Allah adakan perumpamaan, satu kalimah yang baik, seperti satu pohon yang baik, yang pangkalnya tetap dan cabang nya kelangit.
25. Ia datangkan makanan nya tiap-tiap waktu dengan izin Tuhan nya ! dan Allah adakan misal-misal itu untuk manusia, supaya mereka bisa ingat.
26. Dan perumpamaan kalimah yang jelek, seperti satu pohon yang jelek, yang dicabut dari atas bumi (sehingga) tidak ada bagi nya ketetapan (lagi). 
27. Allah tetapkan orang-orang yang beiman, dengan perkataan  yang tetap dipenghidupan dunia dan diakhirat, dan  Allah sesatkan orang-orang yang zalim, dan Allah berbuat apa yang ia kehendaki.
28. Tidak kah engkau lihat orang-orang yang tukar nikmat Allah dengan kekufuran, dan tempatkan kaum mereka dalam kebinasaan ?
29. (Iaitu)  neraka jahanam yang mereka akan masuk padanya, pada hal jelek tempat ketetapan itu.
30. Dan mereka adakan bagi Allah sekutu-sekutu untuk menyesatkan (manusia) dari jalan nya. Katakan lah; “bersenang-senanglah kamu, kerana sesungguhnya tempat kambali kamu itu  ke neraka”. 

31. Katakanlah kepada hamba-hamba ku yang beriman, supaya mereka mendirikan sembahayang dan membelanjakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka dengan sembunyi dan terang-terangan sebelum datang satu hari yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada persahabatan.
32. Allah lah yang menjadikan langit-langit dan bumi, dan menurunkan dari langit akan hujan, lalu dengan itu, ia keluarkan buah-buahan sebagai rezeki bagi kamu, dan ia mudahkan kapal-kapal bagi kamu untuk ia berjalan dilaut dengan perintah nya dan ia mudahkan bagi kamu sungai-sungai.
33. Dan ia mudahkan bagi kamu matahari dan  bulan yang tetap berjalan, dan ia mudahkan bagi kamu malam dan siang.
34. Dan ia beri kepada kamu tiap-tiap apa yang kamu minta, dan jika kamu hitung nikmat-nikmat Allah, kamu tidak bisa jumlahkan dia, tetapi manusia itu zalim, tidak berterima kasih.
35. Dan (ingatlah) tetakala Ibrahim berkata; “hai Tuhan ku ! jadikan lah negeri ini aman, dan jauh kan lah akan daku dan anak-anak ku daripada menyembah berhala-berhala”.
36. Hai Tuhan ku ! sesungguhnyamereka menyesatkan banyak manusia, lantaran itu, barang siapa ikut kepada ku, maka sesungguhnya ia daripada (golongan) ku, dan barang siapa derhaka kepada ku, maka sesungguhnya engkau pengampun penyayang”.
37. “Hai Tuhan kami ! sesungguhnya aku tempatkan sebahagian anak cucu ku disatu lembah yang tidak ada tumbuh-tumbuhan, didekat rumah mu yang terhormat. Hai Tuhan kami ! supaya mereka dirikan sembahayang, lantaran itu jadikan lah hati-hati manusia condong kepada mereka, dan kurniakan lah mereka buah-buahan mudah-mudahan mereka berterima kasih”.
38. “Hai Tuhan kami ! sesungguhnya engkau tahu apa yang kami menyembunyikan dan apa yang kami terangkan, dan tidak ada satu pun  yang tersembunyi bagi Allah  dibumi dan tidak dilangit”.
39. “Sekelian puji kepunyaan Allah yang telah beri kepada ku sesudah tua ku ini, Ismail dan Ishak, sesungguhnya Tuhan ku mendengar akan doa”.
40. “Hai Tuhan ku ! jadikan ku orang yang mendirikan sembahayang dan (bagitu juga) anak cucuku, Hai Tuhan kami ! terimalah doa ku”.

41. “Hai Tuhan Kami ! ampunkan daku dan dua ibu bapa ku dan orang-orang mukmin pada hari terjadi perhitungan”.
42. Dan jangan lah engkau kira Allah  itu lalai dari apa yang dikerjakan oleh orang-orang zalim, hanya ia undurkan mereka sampai satu hari yang padanya tercengang pemandangan-pemandangan.
43. Dengan keadaan terburu-buru dan menundukkan kepala-kepala mereka, pada hal mata-mata mereka tidak berkelip, sedangkan hati-hati mereka kosong.
44. Dan ancamlah manusia dengan hari yang akan datang azab (padanya) kepada mereka, lalu akan berkata orang-orang yang zalim; “hai Tuhan kami ! undurkan lah kami sampai satu masa yang dekat, supaya kami akan jawab seruan mu dan menurut kepada Rasul-Rasul”. Bukan kah kamu pernah bersumpah sebelum ini, (bahawa) kamu tidak akan berubah ?.
45. Dan kamu tinggal ditempat tinggal orang-orang yang menzalami diri-diri sendiri, dan terang bagi kamu, bagaimana kami telah  berbuat kepada mereka dan (bagaimana) kami adakan bagi kamu perumpamaan-perumpamaan ?.
46. Dan sesungguhnya mereka telah (menjadikan) tipu daya mereka, pada hal disisi Allah lah (ada balasan) tipu daya mereka, walau pun dengan tipu daya mereka itu akan hilang gunung-gunung.
47. Lantaran  itu, jangan lah engkau kira Allah memungkiri janji nya kepada Rasul-Rasul nya kerana sesungguhnya  Allah itu yang gagah, yang mempunyai balasan.
48. Pada hari diganti bumi dengan bumi lain dan (diganti) langit-langit dan mereka akan menghadap Allah, yang tunggal, yang maha kuasa.
49. Dan engkau akan lihat orang-orang dosa pada hari itu terikat dengan belengu-belengu.
50. Pakaian-pakaian mereka adalah dari kuningan yang panas, dan api neraka akan menutup muka-muka mereka.

51. Untuk Allah membalas kepada tiap-tiap diri, apa yang ia telah usahakan, sesungguhnya Allah itu lekas dalam menghitung.
52. Ini satu penyampaian kepada manusia, dan supaya mereka diancam dengan nya dan supaya mereka tahu, bahawa hanya ialah Tuhan yang satu dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran suka ingat.
 

{15}  
AL-AIJR (Batu Gunung) 1~99.
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Alif laam Raa, inilah ayat-ayat dari kitab itu dan (ayat-ayat dari) bacaan yang nyata. 


[Previous Juzuk][Next Juzuk][Summary]
[Previous Surah][Next Surah][Home]